Tuesday, June 2, 2009

CONTOH PENGGUNAAN HOT FIX BATU KOREA

Serikan pakaian dan tudung anda dengan blink blink HOT FIX STONE



Lihat contoh-contoh di SLIDE SHOW ini:


Photobucket




HOT FIX CRYSTAL STONE FROM KOREA
(KRISTAL TAMPAL DARI KOREA)


Ciri-ciri:

Berkilau dan tahan lama kilauannya

Ready design memudahkan kerja dan menjimatkan masa

Sangat mudah digunakan

Bahagian bawah / tapak kristal ada gam beku yang akan cair bila dipanaskan

Bahagian atas kristal melekat pada plastik transparent / jernih yang bergam (plastik tu yang bergam)

Plastik transparent tu tahan panas, boleh tekap iron atasnya dan tidak akan rosak/terbakar

Kristal ini ada pelbagai warna

Plastik transparent dengan lekatan kristal ni boleh digunting2 untuk membuat sambungan / pengasingan / mencampurkannya dengan design lain mengikut kreativiti masing2. Gunting sekali plastik putih dan transparent (jangan tanggalkan plastik putih semasa menggunting)

Sekiranya ada kristal tertanggal masih boleh digunakan, letak saja di mana ia perlu diletakkan. Penyepit seperti gambar di bawah memudahkan kerja

Harga yang berpatutan



Cara-cara penggunaannya:


Photobucket


Photobucket

Penyepit di atas berguna untuk memegang batu



span yang dibungkus dengan kain ini digunakan untuk menekap/menekan-nekan batu yg telah dipanaskan dgn iron supaya lekatan tambah kuat

CARA MELEKATKAN BATU



Tanggalkan plastik alas warna putih (yang ini tidak digunakan)

Pegang plastik trasparent bergam yang ada kristal dan lekatkan di mana sesuai

Plastik tranparent yang bergam memudahkan kerja menyusun kepingan berkristal dan boleh di ubah2 kedudukannya sehingga terletak elok

Bila dah confirm semua terletak elok, letak/tekap iron panas di atasnya (plastik transparen ini tahan panas, tidak mudah terbakar)

Bila kristal sudah melekat pada material / kain, plastik transparen boleh ditanggalkan… tekap saja iron terus atas kristal / lapik dengan kain nipis / tisu dapur yang lebar

Sebaiknya alas papan seterika ada span/sponge untuk memberi tekanan apabila menekap iron…. Kalau tak ada, alaskan dgn kain yang agak tebal

Sebaiknya guna iron berwap…. Kalau tak ada, guna iron biasapun boleh

Kristal ni tahan panas jadi sesuaikan kepanasan iron dengan material (jenis kain) saja, kalau kain nipis tak tahan panas, lapik lah dengan kain. Tisu dapur yang lebar pun boleh digunakan (lihat contoh tisu di gambar yang ada penyepit tu)

Jangan menekap iron panas berterusan…. cukup sekadar 5-10 saat setiap kali dan buat berulang2 tekap-angkat, tekap-angkat…tekap-angkat....Untuk lebih kuat selepas tekan dgn iron, semasa batu masih panas, tekan-tekan dengan sponge/span bagi memastikan gam melekat pada kain

Terbalikkan kain dan tekap iron di bahagian belakang kain supaya batu melekat dengan lebih kuat. Gam pada tapak batu mesti betul2 cair dan melekat pada kain

Hot Fix Stone akan melekat kuat hanya selepas ia sejuk dan gam membeku. Kekuatan kristal boleh diuji dengan mencungkilnya (selepas ia sejuk)… jika belum kuat, tekapkan lagi dengan iron panas

INGAT: Letak / tekap iron panas sambil menekan kuat sikit…. JANGAN sorong tarik macam iron pakaian, ini akan mengakibatkan kristal pun teralih sana sini…


Note: Pakaian / tudung dll yang ada tampalan batu korea ini boleh dibasuh menggunakan mesin basuh kalau dilekatkan dengan cara betul. Kalau ragu-ragu dan nak lebih selamat boleh masukkan saja dalam net kain.

Selepas percubaan awal anda akan semakin mahir. Biasanya pada percubaan awal, masalah yang sering dihadapi batu tak melekat kuat... ini disebabkan gam pada tapak batu tak cukup cair



Anda boleh menghantar email kepada saya menggunakan form di bawah




Your Name :
Your Email :
Subject :
Message :
Image (case-sensitive):

No comments:

Post a Comment